ANUAR MANSHOR
Anuar Manshor, kawan sepejabat Abang telah melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu
yang lalu. Anuar tempah kek fondant 2
tingkat (kek coklat moist). Warna
tema: ungu. Majlis pihak pengantin perempuan
diadakan di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Majlis di rumah keluarga Anuar
pula akan berlangsung pada hari Ahad akan datang di Johor Bahru. Antara rakan
Abang yang hadir di Kelana Jaya ialah kak
Zaiton Samah & keluarga, Azli, Zaidel, Ghani dan Rafiq.
Tidak ada masalah semasa membuat kek ini. Dari awal
penyediaan hingga selesai menghias, semuanya berjalan lancar. Saya berpuas hati
dapat menyiapkan kek ini dengan sempurna. Semasa berjumpa Anuar pada hari
persandingannya, dia pun berpuas hati dengan kek yang ditempah. Alhamdulillah.
Terima kasih Anuar dan isteri. "SELAMAT PENGANTIN BARU"

No comments:
Post a Comment