Wednesday, 9 May 2012

KAK ROHAYA DALAM KENANGAN

Saya yakin dengan ketentuan Tuhan. Saya percaya kpd Qada dan Qadar. Jodoh pertemuan, ajal maut telah tertulis bagi setiap insan. Tapi saya rasakan kak Ya pergi begitu cepat. Bagai mimpi, tiba2 saja dia pergi utk selama-lamanya.
Walaupun tidak ada kesalahan saya terhadap kak Ya, saya terkilan kerana tidak dapat memohon maaf, bertentang mata dan tidak dapat melawat kak Ya sewaktu dia di hospital. Pemergian kak Ya semakin menyedarkan saya, kita sebenarnya perlu sentiasa bermaaf-maafan. Jgn sampai seseorang terlantar, atau pada hari raya saja, baru nk momohon maaf. Saya sayangkan kak Ya. Saya juga sayangkan kakak2 lain yg menjadi teman setugas bersama-sama saya dulu.
Kak Ya hanya meninggalkan kenangan manis sepanjang persahabatan kami. Kenangan manis yg akan sentiasa menjadi ingatan saya. Dia berkawan dgn sesiapa saja. Dia mempunyai lingkungan kwn yg cukup ramai. Saya percaya setiap org yg pernah bergaul dengannya, setiap orang yang pernah berkawan dengannya, mempunyai kenangan manis masing2.

Sepanjang saya mengenali kak Ya, dia seorang yg cukup baik, malah sentiasa menjaga hati saya. Belum pernah sekalipun dia membuatkan saya marah atau berdendam dengannya.Tidak pernah ada sepatah perkataan pun yg menyakiti hati saya.

Kak Ya seorg yg berterus terang. Dalam ketegasannya, dia tetap boleh bertolak ansur. Apa2 yg tidak disenangi akan diluahkan secara terbuka. Mungkin bagi sesetengah org, sikapnya itu kurang disenangi. Tapi itulah kak Ya. Saya harap, sesiapa yg pernah berasa hati dengannya, dapat memaafkannya. Semoga dia akan tenang dan damai di alam barzakh. Amin.

No comments:

Post a Comment