Kepada Zaidel, selamat kembali ke kampung
halaman. Insya-Allah kalau ada rezeki kami akan ke sana lagi. Teringin juga nak
ke Serikin yang terkenal dengan barangan kraf dan perabot Indonesia yang sangat
murah harganya. Tempoh hari tak sempat nak ke situ.Kepada kak Jamilah, selamat bersara. Masa persaraan memang dinanti-nantikan oleh setiap pekerja. Mula-mula memang terasa "kosong" dan tak tahu nak buat apa-apa - macam yg pernah saya alami lebih enam tahun lalu. Kak Milah pasti dah ada perancangan sendiri. Tentunya nanti kak Milah akan sibuk pula dengan urusan perniagaannya. Akan terisilah "kekosongan" selepas persaraan nanti. Semoga perancangan yang bakal dijalankan akan beroleh kejayaan.
Seperti yang diminta, saya buatkan kek istimewa untuk majlis mereka. Kek "CAPPUCINO INDULGENCE WITH MACADAMIA".
(gambar2 yg disiarkan di sini ihsan Suria Janib. Terima kasih)
No comments:
Post a Comment